Monday 29 August 2011

just read n enjoy!!!!!!


"Apa tujuan kita menutup aurat, Ustazah?" Pertanyaanku secara tiba-tiba itu memecah sepi yang sebelum ini menyelubungi Kelas Tiga Abi Daud.
Ternyata soalan 'cepumas' itu berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekelasku yang sebelum ini pasif mendengar penjelasan Ustazah Ruqayyah tentang kepentingan menutup aurat.
Masing-masing cuba memberi pendapat mereka. Ustazah Ruqayyah cuba menenangkan suasana kelas yang tiba-tiba riuh itu sambil melemparkan pandangan keluar.
Pagi tadi, dia ada terdengar kemungkinan ada pemantau daripada Jabatan Pelajaran Johor akan ke sekolah ini. Takut juga dia kalau-kalau pemantau itu sudah tiba dan sedang melawat kelas-kelas di sekolah ini. Kelas yang bising ini pastinya akan meninggalkan imej yang kurang baik kepada pemantau tersebut.
"Tolong diam semua!" Ustazah Ruqayyah meninggikan sedikit suaranya. Para pelajar kembali menumpukan perhatian. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin mendengar jawapan yang akan keluar daripada mulut ustazah yang mereka hormati ini.
Ustazah Ruqayyah menerangkan kepada kelasnya tujuan umat Islam menutup aurat setelah suasana kelas mula terkawal. "Tujuan utama kita menutup aurat sudah tentulah untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim. Oleh itu, kita wajib melaksanakannya." Begitulah bunyi jawapan yang keluar daripada mulut ustazah.
"Bukankah tiada paksaan dalam agama, Ustazah?" Aku melontarkan lagi persoalan yang bermain di benakku. Ustazah kelihatan berfikir sejenak. Mungkin berfikir cara terbaik untuk menjawab soalanku. "Baiklah pelajar semua." Ustazah berhenti seketika, cuba memancing tumpuanku dan rakan-rakan sekelasku.
"Konsep tiada paksaan dalam agama ini cuma sesuai dalam konteks tidak memaksa orang yang masih belum menerima Islam sebagai pegangannya. Sebagai contohnya, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Kita cuma boleh mengajak sahaja bukannya memaksa."Sambung ustazah lagi.
"Bagi orang yang sudah Islam, wajiblah ke atasnya untuk menerima ketetapan yang telah disyariatkan semampu mungkin." Ustazah Ruqayyah menghujani lebih banyak kefahaman Islam kepada muridnya. Kebanyakan rakan sekelasku menganggukkan kepala mereka tanda memahami penerangan yang diberi ustazah tapi hatiku masih sarat dengan tanda tanya.
Kemudian, ustazah meneruskan pengajarannya yang sebelum ini terhenti dengan pertanyaanku sehinggalah bunyi loceng menandakan waktu pulang berbunyi nyaring. Sebelum meninggalkan kelas, ustazah sempat berpesan supaya bertemu dengannya jika ada apa-apa masalah.
"Eh, kau nak ke mana tu Syu? Jomlah balik." Ajak Zulaikha, teman rapatku. "Kau baliklah dulu. Cikgu Hashim suruh aku hantar buku latihan ni tadi." Balasku. Sebelum meninggalkanku, Zulaikha sempat mengingatkanku tentang rancangan kami hendak keluar ke bandar esok. Menurutnya lagi, Kamal dan Raqib akan menyertai kami. Aku menganggukkan kepalaku.
Selepas itu, aku mengatur langkahku ke bilik guru. Cikgu Hashim tiada di situ jadi aku meletakkan sahaja buku latihan yang aku bawa di atas mejanya. Saat kakiku ingin melangkah keluar, mataku terpandang Ustazah Ruqayyah yang kelihatan sedang sibuk menyemak buku pelajar di mejanya. Serta merta persoalan yang bersarang di benakku menjelma lagi. Sifat ingin tahu bertandang menguasai fikiranku lantas ku susun langkahku menuju ke mejanya.
"Assalamualaikum." Aku menghulurkan ucapan selamat. Ustazah Ruqayyah mencari pemilik suara itu sambil menyambut ucapan salamku. "Oh, Syuhada rupanya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya pula. Aku kehilangan kata-kata. Lidahku kaku. "Eh, kenapa dengan aku ni, tadi bukan main semangat, sekarang..." Aku bermonolog antara hati dan perasaan.
"Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ustazah mengulangi pertanyaannya.
"Em..." Aku memulakan bicaraku. "Boleh tak Ustazah jelaskan kepada saya tentang tiada paksaan dalam agama?" Aku meneruskan kata-kataku apabila keyakinan mula mengambil alih perasaanku. Ustazah tersenyum dan bertanya.
"Syuhada, awak pemain bola jaring sekolah kan?" Tanya ustazah. Aku mengangguk kepala, sedikit kehairanan bermain di fikiranku. Mencari perkaitan antara pertanyaanku dengan soalan yang diajukan sebentar tadi. "Maka, sudah tentu awak mematuhi peraturannya?" Sekali lagi aku mengangguk.
"Begitu jugalah dengan Islam. Apabila sudah Islam, maka wajib dipatuhi ketetapannya, sama ada suka atau tidak." Ustazah merungkaikan persoalan yang mengetuk fikiranku satu-persatu."Kalau awak tak main bola jaring, buat apa awak ikut peraturannya kan?" Senyuman manis menghiasi wajahnya. Aku mengiyakan kata-kata ustazah. Hatiku berbunga riang kerana persoalan yang kerap bertandang telah dapat dirungkaikan. "Terima kasih, ustazah." ucapku perlahan.
Di rumah, selepas bersolat Isya', aku termenung memikirkan kejahilanku. Kata-kata ustazah siang tadi menerjah fikiranku saban detik. Bagai musafir di gurun tandus. Meraba jalan mencari setitik air bagi mengairi tekak. Begitulah dengan diriku, dahagakan setitik ilmu untuk memanduku menjadi muslimah sejati.
Sebelum ini, aku kerap berpeleseran dengan teman-temanku jika ada kesenggangan. Menunjukkan identiti sebagai seorang yang semakin jauh dari jalan yang seharusnya dilalui sebagai seorang Islam. Untuk apa aku melakukan itu semua?
"Syuhada, mari makan." Laung ibuku lembut menyirnakan lamunanku. "Baiklah." Aku menjawab sambil menuju ke dapur.
"Ibu..." Aku memulakan bicara pada malam yang dingin itu. "Kenapa Islam mensyariatkan umatnya menutup aurat?" Ibu kehairanan dengan sikapku malam ini. Selalunya aku akan mencebik masam setiap kali dia cuba mengutarakan soal aurat. Namun, ibu ketepikan itu semua kerana yang penting anaknya ini sudah ingin berubah. "Em, baiklah, kalau ibu nak simpan cincin perkahwinan ibu, di mana tempat yang paling sesuai?" Tanya ibu.
"Tentulah di tempat yang paling selamat." Jawabku.
"Begitulah dengan aurat kita. Kalau kita rasa ia berharga, tentulah kita akan menjaganya daripada tatapan umum, bukan begitu? Sebaliknya, jika kita rasa aurat kita itu umpama perhiasan murahan, sudah tentu kita tidak kisah mempertontonkannya kepada orang yang asing dalam hidup kita, kan?"Ibu mencurahkan diriku dengan jawapan yang boleh kufahami  dengan jelas.
"Kita kena ingat menutup aurat juga mempunyai mesej supaya kita menjaga pergaulan kita dengan lelaki ajnabi dalam kehidupan masyarakat ini." Tambah ibuku lagi.
Selepas mendengar penerangan ibu, aku berasa yang aku perlu berubah. Lantas ku hubungi Zulaikha. Kepadanya aku berkata bahawa aku tidak dapat mengikutnya esok kerana ada hal lain. Dia agak terkejut dengan keputusanku itu dan cuba memujukku namun hatiku bulat menegaskan yang wajar berkata tidak kepada ajakannya. Zulaikha akhirnya akur dengan keputusanku.
Keesokan harinya, tatkala fajar sudah terbit dari kamar peraduannya, aku sudah terjaga. Selepas solat Subuh, aku membantu ibu di dapur. Ibuku senang dengan perubahan yang aku buat ini. "Eh, hari ini kan ayah akan balik, bu." Aku tiba-tiba teringat. "Oh, ibu terlupa." Kata ibuku sambil menepuk dahinya. "Kalau macam tu malam ni kena masak istimewa sikit ni." Kata ibuku lagi. "Jom, teman ibu ke pasar, Syuhada."
"Baiklah. Em, ibu ada tudung lebih?" Tanyaku spontan. Ibu agak terkejut dengan pertanyaan itu namun dia menguntum senyum sambil menganggukkan kepalanya. Akhirnya, impiannya termakbul.

Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 27 August 2011


Awak, dulu awak juga tidak bertudung,
Tidak menutup aurat,
Sama juga seperti saya,
Tapi awak, perlu ke awak nasihatkan saya dengan makian dan perlian?
Awak cakap, "Eh, nak pakai tudung pun susah ke?!"
"Nak bagi jantan mana tengok rambut kau ni?"
Awak, awak tahu tak apa respon saya pada "nasihat" awak yang begitu?
Langsung tak terkesan di hati saya, Malah..
Saya cakap " Whatever! Ala, kau dulu pun sama!"
Awak, dulu awak pegang tangan dengan boyfriend awak, siap belai-belai tangan lagi,
Sama juga seperti saya,
Tapi awak, saya nampak awak tulis di status FB awak,
"Hey, dah-dah la buat maksiat, Islam sangat la? Allah benci la dengan orang spesies kau!"
Sekali lagi saya cakap, "WHATEVER!"
Awak, dulu awak pun tak solat lima waktu penuh,
Sama juga seperti saya,
Haritu awak pergi surau, tapi saya tak ikut,
Sebab niat saya nak pergi ke surau lain,
Tapi awak, awak tegur saya mcm ni,
"Kau nak pergi mana? Dah tak dengar ke Azan? Agak-agak lama lagi ke kau hidup hah?!"
Awak tahu tak, haritu saya terus tak jadi nak solat,
Saya jadi makin "menyampah" dengan awak..
Awak-awak semua, saya tahu saya terlalu banyak berbuat khilaf,
Saya tak tutup aurat, saya tak sempurnakan solat, saya terlibat dengan maksiat,
Tapi awak, apa beza awak yang dulu dengan saya yang sekarang?
Puas saya memikirkan jawapan, tapi saya tak temui..
Saya bukan tak nak dengar nasihat awak.. malah,
Saya bangga ada kawan macam awak, yang sudah berubah ke arah kebaikan..
Saya pun teringin untuk berubah,
Tapi awak, nasihat awak, buat saya rasa TAKUT dan MENYAMPAH untuk berubah,
Saya takut bila saya sudah berubah, saya jadi riak dan menghina orang lain,
Saya takut bila saya riak, mereka pula rasa apa yang saya rasai sekarang,
Awak, saya nak hadiahkan awak sepotong ayat al-Quran yang saya jumpa tadi,
Bunyinya begini awak..
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal- Surah al-Baqarah Ayat 44."
Awak, saya pun teringin untuk berubah,
Tapi boleh tak kalau awak nasihatkan saya secara berhikmah?
Saya nak hadiahkan lagi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi begini,
"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." - Surah Thaha ayat 44."
Awak, saya pun teringin untuk berubah,
Tapi boleh tak kalau awak nasihatkan saya di tempat yang tertutup?
Awak, janganlah herdik saya depan orang ramai lagi,
Saya malu awak jerit-jerit pada saya,
Sebab dalam hadith ke-7 daripada kitab 40 susunan Imam Nawawi Rasulullah S.A.W bersadba,
"Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati."
Awak, saya memang nak berubah,
Tapi masih banyak yang saya perlu pelajari daripada orang-orang seperti awak,
Cuma, saya mengharapkan nasihat yang penuh kasih sayang daripada awak kelak,
Saya tahu awak mungkin tidak akan peduli jika saya sekadar cakap dan pergi,
Alhamdulillah, sebab itu lah saya sertakan hadis, dalil dan sebagainya khas untuk awak..
Awak, janganlah pula awak terasa hati,
Kerana saya manusia, awak pun manusia juga bukan?
Menegur ke arah kebaikan itu memang wajib, cuma contohilah Rasulullah dalam berdakwah,
Sebab, kalau awak terus dengan cara begini,
Saya takut lagi ramai yang pandang serong terhadap ajaran Islam nanti..
Awak, sampai sini sahajalah luahan hati saya,
Saya sayang awak, harap awak jangan marah saya pula,
Kita sama-sama hamba Allah, banyak berbuat salah, dan..
Saya tahu saya bukan sesiapa,
Hanya insan lemah yang berharap untuk berubah..
Sekian, daripada saya kepada awak :)
P/S: Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak bersedia untuk dinasihati.


Dah baca?? komen la sikit +_+

horay!!!!!!!

happy3.....blog dah cantik...hehe....cantik kew???anyway,thanks to my sister for help me......love you so much!!!!!!!!!
Dah baca?? komen la sikit +_+

Friday 26 August 2011

♥ dengan mengeluarkan kata kata agama ,
tidak semestinya aku seorang ustazah .



♥ labuhnya tudung ku ,
tidak semestinya aku seorang yang alim .


♥ dengan menasihati orang lain ,
tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya .

♥ aku cuma insan biasa ,
yang mempunyai keinginan seperti kamu .

♥ cuma aku berkongsi ,
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu .

♥ dan mengingati diri sendiri ,
supaya menjadi lebih baik (◕‿-)

Dah baca?? komen la sikit +_+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...