Friday 30 March 2012

exam ???

assalamualaikum
semua

alahai...lamanya anis tak update blog anis ni kan???
nak buat macam mana 
macam nilah hidup orang yang still belajar 
nak2 anis tinggal kat asrama ...lagilah takde masa nak caring pasal anis punya 
laman sesawang ni....

oklah...kali ni anis just nak bagitahu yang anis akan menduduki peperiksaan dalam masa lagi
3 hari ni....hmmm...berdebar tak boleh nak cakap....
al-maklumlah this is my first time nak ambil exam sejak anis dah meningkat ke alam menengah atas ni...
of course ,cara nak jawab exam ni pon berbeza daripada alam menengah rendah kan???
paper yang anis nak kene jawab pon semakin bertambah...
adoyai..
so,start dari sakaranglah anis kena biasakan diri anis dengan alam baru ni ...

adakah anis akan jadi macam ni??

hah!!! taknak jadi macam gambar kat atas tu...
takmo tension2
so,kita mestilah prepare dari awal kan???
jangan buat kerja last minit k
*walaupun kadang2 anis pon macam tu*
hehe

tawakal jelah....
hurm...nak tawakal pon mestilah diiringi dengan usaha dulukan???
ni tak...ramai yang dah salah gunakan konsep tawakal ni...
padahal dia tak berusaha pon....mana boleh macam tu....
kita mestilah berusaha dulu...barulah menjadi...
ni,usaha taknak....berjaya nak....macam mana  tu???
nak berjaya mestilah berusaha...

oklah...panjang la plak bebelan anis ....
setakat ni je kot dulu....


papai

as usual 
*jgn stres kat cni *


*doakan kejayaan anis k*
*maaf jika anis ade salah n silap*
$^  luv u all  ^$

@_@


@_@



Dah baca?? komen la sikit +_+

Thursday 22 March 2012

assalamualaikum
hurm...hari ni anis nak kongsi ngan korang artikel ni plak...
renung2 k...
i'm not a perfect one,but i wish i could be a good person to everyone..
njoy k...


Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.

Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam, Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…..terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara. Adam, Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam….. mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adam….. Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!

Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang daif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? Adam…. Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah. Adam, Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…….
 

 

^_^

anis nak minta maaf banyak2 k...
ni je kot untuk setakat ni...

papai

as usual 
*jgn stress kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Friday 16 March 2012

cover love you mr.arrogant

assalamualaikum...

haha!!!meh sini anis nak perkenalkan cover untuk novel
lymr ni....

t
a
d
a
a

 

novel ni skrg dah ade di psrn...so,anis nak belilah kalau berpeluang

hah!satu lagi anis nak cakap yang anis dah dapat beli novel KG!!!!
SERONOKNYE...

bertuah anis...thats mean,anis anggap novel KG ni sebagai hadiah birthday anis yang ke
16...pada tanggal 15 mac yang baru saja berlalu...

mood : happy giler2...
haha
oklah...setakat ni je kot...
papai

as usual 
*jgn stressssss kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Wednesday 14 March 2012

i want these novels!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum

hah!!!disebabkan anis takde ape - ape yang nak dikongsikan untuk hari ni...
jadi
anis nak beritahu kat korang yang anis nak sangat , sangat ,sangat 
all these novels....

hehe...sape2 yang baek hati tu...tolonglah belikan untuk anis..boleh???

^_^
(peace no war k)
sje je ...tapi kalau ade sape2 yang nak buat baek tu boleh jep...*dialu-alukan*
maybe,sempena birthday anis yang akan muncul lam 2 hari lagi nim...???
hak hak

oklah...malas anis nak mengarut....straight to the point...

ni la semua novel yang anis nak tu buat masa sekarang...

j
e
n
g

j
e
n
g


untuk pemgetahuan korang la kan....
dah banyak kali dah anis pergi kat all the kedai buku dekat bandar kuala terengganu ni...
setiap kali anis tanye pasal novel ni ...mesti jawapan yang anis terima macam ni
"baru je habis,tak sampai lagi stok baru n macam2 lagi la"
adoyai....so sad....
sedih sangat2

hari tu ade la anis pergi lawatan kat kuantan dengan kawan2 anis la...
kat sana pon anis tercari2 novel ni ...
tapi,jawapan yang anis terima memang menghampakan...
huk huk huk

novel ni anis cari ngan novel nim...


novel kesayangan anis selepas "cinta kontrak"

hurm....nasib baek la novel ni ade...takla anis sedih sangat
best giler novel ni....

second....
anis nak this novel

              
                                                              hero!!!



heroin!!

novel ni plak keluar bulan ni...(mac)
so,nanti anis nak cari la...
mintak2 jumpe sama ngan novel KG tu...
(harap sangat)

next!!!



ni pon anis tercari-cari jugak n jawapan yang anis terime same je macam novel KG tu

lain!!!



dan  novel kat bawah ni...akan terbit bulan april nim....

dan anis nak jugak....hope tak habis ...n anis dapat beli



best....kalau nak bace..sikit2...
bolehlah korang pergi kat blog dier
link:http://aciklananovel.blogspot.com
best tau..karya2 dier...haha

next!!






tu je kot yang setakat ni yang anis nak...
tolong belikan untuk anis k...hehe
(kalau ade sesape yang rajin n baek hati la)


doakan biar anis dapat buat semua novel yang anis list kat atas tu jadi
milik anis k...
10q so much


setakat tu je kot
papai

as usual
*jgn stresssss kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 10 March 2012

SaYa,aWaK,AkU,MuNg?????

assalamualaikum
hah!!!!apesal anis punya tajuk n3 ni pelik semacam????
hehe...entahlah...(pelik ke)
ok..ok...straight to the point...anis just nak tanya je ni...
kalau korang la kan...korang gunakan bahasa yang mana satu bila bercakap ngan kawan2 korang????
SaYa ,aKu, AwAk,or MunG????


^_^

takde apepon  sebenarnya...just kat sini anis nak kongsi bahasa yang akan anis gunakan bila anis bercakap ngan 
kawan-kawan anis ...tak kira la pompuan ke ,lelaki ke,anis akan bahasakan diri anis saya...
nak tahu tak sebab ape???
entah la ...anis pon tak berape pasti...cuma anis rasa kasar je bile cakap ngan kawan2 guna 
Aku AnD MuNg
tu pendapat anis la...and kawan2 anis ade je yang bahasakan diri mereka aKu ,mUng...
tapi,bila diorang cakap ngan anis automatik akan gunakan SaYa,aWaK...
hehe...ngade2 betul anis ni kan???

anis pon tak tau kenapa jadi macam tu....tu pendapat anis jelah...ade jugak orang cakap bila bahasakan 
diri AkU ,mUnG...mereka akan rasa lebih rapat..
hurm...lain orang,lain pendapat la kan...
"rambut sama hitam,hati lain-lain"kan...

ade la satu peristiwa anis nak kongsikan ngan korang ni
"ade satu hari tu...anis jalan2 ngan sorang kawan ni kan...(boleh kate rapat jugak la)
kitorang on the way nak masuk kelas lepas habis berkumpul....and kitorang ade la borak2....
n bahasa yang dia guna bila bercakap ngan anis pon guna AkU ,MuNg...sama macam bila dia ngan orang lain..
anis tak kesah la sebab dah biase ngan dia ni...tapi,hari tu dia pelik sikit...
dia cakap ngan anis guna SaYa,aWak...n Ade jugak terselit AkU,mUNg, dia tu...
and then dia cakap"ops....awak..."erm...nampak sangat menganjing kat anis....anis just boleh gelak je la ngan dia nim...

erm...macam2 tau perangai kawan2 anis ni...n  anis happy sangat dapat kenal ngan diorang...
diorang ni semuanya baik2 belaka...walaupun ade jugak kadang2 kitorang gaduh...tapi ,tu semua sebenarnya 
kenangan tau...

k lah...anis pon dah tak tau nak cakap ape lagi..
so,sampai sini jelah kot....
papai


as usual
~jgn stressss kat cni ~

> sorry kalau ade buat salah n silap <
> thanks sebab sudi baca coretan anis <


Dah baca?? komen la sikit +_+

Thursday 8 March 2012

assalamualaikum..
hehe...cuti dah bermula!!!!
happy giler ni....(biar kerja sekolah banyak pon)
ok lah...anis baru je sampai kat rumah ni...
so,takde apepon anis nak kongsi sebenarnya..
cuma....anis just nak share ni je ngan korang..
ambil iktibar dan berhati-hati k...

so.
.
.
.
.
.
njoy....   +_+



Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih

 makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 

4. Boar:Babi liar. 

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah Suhana Wa Taala akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

oklah...setakat ni je kot untuk kali ni...

insyaAllah,kalau anis ada masa,anis akan share yang lain 

pulak..

papai

as usual
~ jgn stressssss kat cni ~

p/s:anis minum kopi je tadi tu....pepon...hati-hati k

Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 3 March 2012

4 cara untuk meningkatkan lagi daya penglihatan


assalamualaikum
erm....hari ni anis just ade kat rumah sekejap je....
nak thu tak sebab ape????sebabnye...anis just boleh outing je...
ni pon dah bersiap2 nak p hostel ni....

jom baca!!!


Makan makanan yang membantu untuk menerangkan lagi penglihatan anda- Mata kita memerlukan beberapa nutrien yang membantu untuk meningkatkan fungsinya. Antaranya ialah vitamin A,C dan E membantu untuk meningkatkan lagi kadar penglihatan. Antioksida pula boleh membantu makula daripada rosak apabila terkena sinaran matahari. Ejen antioksida ini boleh didapati didalam kandungan sayur-sayuran hijau gelap, kuning telur, labu, ubi, lobak merah dan pelbagai jenis lagi. Makula adalah satu jenis penyakit yang menjadi punca utama kebutaan. Makanan yang kaya sulfur, sistein, dan lesitin seperti bawang putih dan bawang merah membantu melindungi lensa mata anda dari pembentukan katarak. Untuk mengelakkan mata anda daripada dehidarasi, anda dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari.
Lakukan senaman terhadap mata anda Mata juga merupakan satu organ yang perlu diberikan senaman. Senaman ini amat baik dilakukan ketika waktu pagi, sebelum tidur atau ketika mata anda berasa penat. Pastikan tangan anda bersih sebelum mulakannya. Cuba amalkan setiap hari dan anda akan melihat hasilnya dalam masa satu bulan. Di bawah adalah beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan.
  • Gosok tapak tangan sehingga menghasilkan haba kepanasan, kemudian tekapkan tangan ke mata anda selama 5 saat. Ulangi lagkah ini sebanyak 3 kali.
  • Pusingkan mata anda 360 darjah sebanyak 10 kali mengikut arah jam, kemudian 10 kali lagi mengikut arah lawan jam.
  • Pegang sebatang pensel, fokuskan pandangan anda terhadap hujung mata pensel itu. Pastikan hujung pensel selari dengan mata anda. Kemudian, dengan perlahan-lahan dekatkan lagi pensel sehingga terkena hujung hidung anda. Jarakkan batang pensel kembali ke kedudukan yang asal. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
  • Urut secara membulat di bahagian luar sekeliling mata anda menggunakan ibu jari.
  • Apabila mata anda berasa letih, pejamkan mata anda dan berehat sebentar sekurang-kurangnya 3 minit.
Elakkan daripada faktor luaran yang boleh merosakkan mata anda- Seperti yang anda ketahui, faktor luaran seperti lampu neon, skrin komputer, habuk persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, membaca dalam pencahayaan malap, dan menggosok malar mata mampu menyumbang untuk kerosakan mata. Selain daripada itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak merokok untuk mengehadkan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia boleh meningkatkan tekanan optik. Jangan lupa memakai kacamata hitam untuk melindungi mata anda dari paparan sinar UV.
Dapatkan tidur yang cukup- Mendapatkan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kesihatan mata anda. Waktu tidur membolehkan mata anda untuk berehat sepenuhnya. Kurang tidur akan melemahkan lagi penglihatan anda. Rehatkan mata anda selepas satu jam anda berkerja, 10 minit untuk setiap 50 minit yang dihabiskan membaca atau di depan komputer. Jika mata anda merasa terlalu letih, baring sebentar  dan pejamkan mata anda.

ok...dah habis bace????
ambil ape yang elok k.....tu je yang anis nak kongsi...
nanti,bila cuti sekolah,insyaAllah anis akan post sesuatu dengan lebih banyak k....
papai

as usual
~ jgn stresssss kat cni ~

Dah baca?? komen la sikit +_+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...