Friday 23 November 2012

pasar malam

assalamualaikum

hai!!!! memalam bebuta ni anis rasa nak kongsi ngan korang pasal nim la pulak...
hehe...tetibe je mood nak mencoret kat sini datang....
lamekan anis tak jenguk sini...rasa-rasanya last anis post pasal anis balik lawatan kan??


pasar malam????apa yang istimewanya pasar malam nie??? anis yakin semua orang pasti dah pernah pergi pasar malam kan??? dah lama sebenarnya anis dah tak pergi tempat tu....tetibe je hari ni dapat pergi sana jugak

mulanya ayah anis ajak la kitorang ni pergi makan,tapi,umi anis tetibe je cakap rasa nak makan yong tau fu  
hehe....jadi kitorang pon pergi la pasar malam tu....
mula-mula anis malas sangat nak turun...dah la ramai orang....ish3...tapi,kene pergi jugak sebab ayah anis suruh teman umi anis ....jadi anis ngan adik-adik pon turun la jugak...hmm...yang tak bestnya pasar malam ni ,mesti ade bau-bauan yang tidak menyenangkan dan boleh membahayakan orang...dah la anis sedang dilanda selsema....hmmm
tulah pasal anis tak berape nak suke pergi tempat yang ramai orang ni...mesti korang tahu bau apa tu kan???
so,hindar-hindarkanlah diri anda daripada terjebak dengan gejala merokok ok...
anis memang tak suke orang yang merokok.. :)

nama pon pasar malam,pasti ada bunyi suara2 peniaga yang nak menarik perhatian orang kan...
masa anis lalu kat sebuah kedai buah,ada la yang dia promote buah die tu,bunyinya cam ni
"3 ikat 5 ya,lelong2" hehe...bagi anis biasa la tukan....tapi,yang luar biasanya adek anis yang sorang ni tak habis-habis ajuk ayat tu sepanjang perjalanan nak cari gerai yong tau fu tu...malu beb...semua orang tertoleh kat kitorang ...anis rasa nak menyorok je masa tu....kurang asam punya adek....memalukan...haha...
bile anis tegur,lagilah die kuatkan volume suaranya tu....last-last anis yang lari...ish3

lepas beli tu oklah....dia senyap sekejap....anis ingat die sorang je yang macam tu....rupa-rupanya orang lain ada jugak...hahax...lawak2 
dalam perjalanan balik tu....anis ada terdengar ada beberapa orang lelaki yang ulang ayat sama macam anis punya adek tu...ok anis tak kesah sangat sebab die lelaki...pastu anis cakap la kat adek anis tu yang die ade geng,die apalagi siap tanya lagi mane geng die....dalam anis tunjuk  kat mamat tu,orang belakang kami pulak yang ulang ayat yang sama...kami pon apalagi..,ketawa lah...pastu adek anis tu ulang balik  ayat  tu...dah la suara die kuat , orang kat belakang kitorang tadi pon jawab,"lelong doh o"..
kitorang apa lagi lari la....malu giler kot anis rasa....hmmm...

oklah setakat tu je kot...jumpa lagi
anis rasa macam nak demam je...hehe :(

love u guys!!!!





Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 29 September 2012

* upsr,spm *

assalamualaikum

from now,maybe lame la kot anis tak menjenguk blog yang terover hodoh ni....
sebab????sebabnya nanti tepat jam 5.30 petang anis dah nak kena bertolak from my home to the beloved hostel....erk????beloved????ceceh...hahax...
disebabkan anis tinggal kat asrama so,anis tak bolehlah nak melayari internet...kena tunggu bila balik rumah pulak...hoh....i will miss you all...
nak,nak minggu depan anis dah start nak ambik final exam untuk tingkatan 4 ni...and...next year i will take spm exam pulak...adoyai...dah tua dah ...rasa macam bru je semalam habis pmr ....

ok...sebelum anis memblahkan diri anis untuk ke hostel,anis nak bagitahu yang dalam seramai 6 orang adik-beradik yang anis ada sekarang ni,tahun ini dua orang daripadanya yang sudah dan akan menduduki peperiksaan besar...diorang adalah adik anis yang darjah enam dan satu-satunya abang yang anis ada yang berumur 17 tahun....kehkeh...
gud luck u alll....buat yang terbaek k....i'm glad that u all are my siblings...

buat adek anis tu...harapnya banyak2 berdoa la dek...agar ko dapat result yang terbaek macam abang n kakak-kakak ko masa upsr k...jangan pecahkan rekod tau...apapun insyaAllah ko akan dapat yang terbaek...walaupun ko ada cakap kata anis subjek mana yang engko agak sukar untuk menjawabnya...takpe....perkara dah lepas....dah tak dapat patah balik...insyaAllah ko akan berjaya...

to my abang sulong pulak,buat elok-elok untuk spm nanti....wa yakin ko akan dapat jawab dengan baek berkat ko sentiasa tolong anis kalau anis tak paham dalam mana-mana subjek...hehe
stop-stop la maen game bola tu...nanti dah abis exam ko nak maen sampai pagi pon ko maen la...heheh...(biapon anis sentiasa bermain)
buat leklok tau...nanti wa nak tengok lu punya result sama macam masa pmr dulu...anis sentiasa nak pastikan diri anis dapat setanding dengan ko ataupun lebih lagi...kehkeh....so,buat leklok agar gua dapat jadikan ko sebagai ikutan untuk berjaya dalam exam...

jangan lupakan akan perintah Tuhan pulak k....tinggalkan larangan-Nya k..


oklah setakat ni je kot untuk kali ni....anis dah nak kena bertolak ni...
doakan kitorang agar terus berjaya di dunia dan di akhirat k...
luv u guys...
papai...




Dah baca?? komen la sikit +_+

Monday 20 August 2012

the second Eid ?????

assalamualaikum

huh!mood nak mengupdate blog tetibe je datang hari ni...
so, anis nak citer skit keadaan anis mase hari raya kedua ni..

^_^

hari ni anis tak pergi mana-mana pon...just duduk kat rumah je tunggu orang datang rumah je
hehe...

bukan nak citer pasal raya pon sebenarnya,cuma tak tau nak tulis apa untuk this ntry punya tajuk
so,anis tulis jelah macam tu...

tadikan...adalah mak n pak saudara anis datang ...n then,dah tetamu datang mestilah 
kene pergi layankan???takkan nak terperap je dalam bilik...ish3
so,anis duduk jelah tercongok kat ruang tamu tu sambil layan citer yang ada kat tv tu
takkan la anis nak pergi menyampuk orang tua-tua cakap pulak kan???

nak tau tak citer apa anis tengok???tak nak???emmmm...
biarlah anis nak cakap jugak..


the smurfs

hah!!citer tulah anis tengok ...first time anis tengok citer nim...
sebelum ni ada la anis terjeling bile adek2 anis tengok...ingatkan citer kartun...so,anis tak berapa nak tengok la alih-alih bukan citer kartun pon...n citer ni pon bolehlah tahan tahap kebestiannya tuh
try r tengok....heheh

sampaikan adek anis yang paling kecik tu sering ternyanyi-nyanyi lagu yang ada kat dalam citer tu
'lalalalalala'macam tu la dia nyanyi

ha!!budak ni la yang suka sangat nyanyi-nyanyi tu

pada yang dah tengok tu...ulang balik k...
(kalau korang rajin)
anis nak cakap bagi yang tak tengok lagi tu...heheh

hmmm...semalam anis terlepas nak tengok citer vanilla coklat raya
cedih tau hukhuk...:(

oklah setakat ni je...
papai

as usual 
*jgn stressssssss kat cni*


Dah baca?? komen la sikit +_+

* salam aidilfitri *

assalamualaikum

huh!!!lamanya anis tak update this blog....berminggu-minggu rasanya...
bila mood malas dah datang macam ni la jadinya..
^_^

sekejap je masa berlalu kan???alih-alih dah  habis pon bulan ramadhan...
sekarang dah masuk bulan syawal pulak...hurm....:(
anis rasa entry anis yang lepas baru je cakap pasal first puasa,alih-alih sekarang ni dah pon masuk hari kedua raya
hukhuk...sekejapnya masa berlalu...

oleh itu,anis nak ambil peluang ni untuk ucapkan



 ~ maaf zahir dan batin ~


>_<

anis pon nak mintak maaf jugak kalau anis ada buat salah n silap
sepanjang anis berblog kat cini dan jugak kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini ,
harap dimaafkan kalau anis ada terbuat korang rasa hati ke,terjeling ke,termarah ke,terngumpat ke,terpukul ke,ter,ter,ter,dan segala macam ter la...hehe...sama ada dalam keadaan sedar or tidak k...

oklah setakat ni je kot...
got to go..
papai

as usual 
*jgn stresssssss kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Sunday 22 July 2012

Kalau Sayang, Kenapa Putus??

assalamualaikum


Ini hanya sekadar tulisan seorang bernama WANITA..

Cerita lama yg tak berapa nak lama...

Rakan : Ko ngan kekasih hati ko apa cerita?

Aku : Kami sdh putus.. (senyum)

Rakan : Kenapa boleh putus? Bukan ko sayangkan dia ka? (persoalan femes yg tak berapa nak femes)

Aku : Sebab aku sayangkan dia lah aku putus ngan dia.. (senyum)

Rakan : Kalau ko sayangkan dia kenapa ko putus ngan dia? (Muka heran lagi)

Aku : Nanti ko akan faham.. (senyum)

Rakan : Pelik lah ko ni.... (m'blahkan diri)

Pelik kah aku ni? Pelik sangatkah bila aku katakan yang aku putus ngan dia sebab aku sayangkan dia..?

BLUR..? hikhik.. ^_^

Baiklah, aku bagitau sebabnya... hehehe

Aku hanya seorang insan yg ingin mencintai dan dicintai.. Pasti semua begitu.. Betul tak?

Ya.. Rasa cinta itu sememangnya kurniaan teragung daripada Allah kepada makhluknya..

Rasa cinta bukan sahaja terdapat pada manusia, tapi pada haiwan-haiwan di muka bumi..

Dari rasa cinta itu lah kita akan mempunyai rasa kasih sayang, kasih mengasihi, dan benda-benda yang 



positif... tanpa CINTA, jiwa manusia kosong..

jadi? apa kena mengena dengan kes aku?

Owh, maaf, ayat sal cinta itu hanya mukadimah.. hehe..

Back to topic, ehem..

"Aku putus ngan dia sebab aku sayangkan dia.."

Alasan logik?

Sebab aku tak nak jadi penyebab dia lalai daripada mengingati Allah.. ^_^

Bila aku katakan aku sayangkan dia, tu bermaksud aku ingin kekalkan rasa sayang ku ini hingga ke syurga..

Bila kami bercinta tanpa ikatan yg sah, banyak perkara yang aku lakukan akan mengheret dia ke neraka...

Aku bukan mahram dia.. Syaitan akan mudah menyuntik nafsu seseorang melalui situasi-situasi begini.. 



Apatah lagi, aku seorang wanita yg menjadi fitnah terbesar bagi seorang lelaki.. Berdasarkan hadis Rasulullah


 SAW :

"Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar 



bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang 


berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Aku memang cintakan dia.. Tapi aku tak ingin rasa cinta tanpa ikatan yang sah ini menyebabkan aku dan dia



 semakin m'abaikan rasa cinta kepada yg lebih utama, cinta kepada ALLAH...

Jika ditakdirkan aku bercinta lagi dengan seseorang, biarlah ketika itu aku hanya BERCINTA dengan



 SUAMIKU.. seseorang yang halal bagiku.....

"Tiada cinta terindah melainkan cinta selepas nikah " ^_^

"Tapi.. Ko tak sedihkah putus ngan dia?"

Hanya Allah yang tahu perasaan aku.. Bukan mudah melepaskan seseorang yang begitu kita sayang dan 



cinta.. Tapi, insyaAllah, aku sentiasa yakin dengan ketentuan Allah. Dia Maha Bijak dan sebaik-sebaik 


perancang...

"Kadangkala Allah tidak berikan sesuatu yang kita mahukan.. Tapi ingatlah, Allah akan sentiasa memberikan


 sesuatu yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya"

Jadi, tak perlu sedih.. Sekiranya dia merupakan jodohku, bakal imam kepada anak-anakku, insyaAllah, kami


akan tetap bersama.. ^_^

Kepada si dia, maafkan aku sebab mengecewakan dirimu.. Berikan lah rasa cintamu itu kepada yang lebih


 berhak kepadamu. Ingatlah, cintakan Allah, cinta yang tidak pernah akan mengecewakan dirimu..

Dan, insan yang bernama kekasih, izinkan aku untuk mengecewakanmu di DUNIA agar kau tak kecewa 


keranaku di AKHIRAT sana...

ya ALLAH..

~✿ Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya, tidak membawa KEBAIKKAN padanya, maka Kau



 pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

~✿ Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya.. maka Kau jauhkanlah aku darinya..~✿ 



Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya, maka JARAKKAN kami 


agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA… ^_^



dah habis baca belum???hehe...mestilah dah habiskan...apa punya soklan da..
k lah...artikel ni anis just terminum kopi je ..so,apa-apa kekurangan,or ada yang terasa anis minta maaf k...
anis hanyalah seorang insan biasa ,yang bisa melakukan kesilapan..

ingatlah..CINTA selepas kahwin adalah cinta TERINDAH
*walaupun anis tak pernah bercinta*
tapi,ingatlah AJAL,JODOH,PERTEMUAN semuanya di tangan ALLAH
walaubagaimanasekalipun kita bercinta bagai nak rak,kalau dia bukan jodoh kita,
dia tak akan jadi milik kita....

oklah...anis dah nak kene pergi hostel dah ni...asrama dah memanggil-manggil tu...
setakat ni je kot...insyaAllah kalau panjang umur kita jumpa lagi...
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA
+_+

papai
"single is simple,couple is trouble"




Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 21 July 2012

up skit!!!!!!!

assalamualaikum

erm....pejam celik,pejam celik....hari ni kita semua dah pon menjalani ibadah berpuasa,
sekejap je masa berlalu kan???harap2 kita dapat meningkatkan lagi ibadah kita pada bulan yang 
mulia ni...bukan  untuk bulan ni je tau...tapi, harap kita dapat 'istiqamah' ok....

oklah...hari ni anis nak citer skit pasal apa yang dah anis dan kawan2 lalui pada minggu lepas..
hah!!!apa yang anis dah lalui tu???em...
KURSUS KEPIMPINAN 
meh anis citer skit....pasal keadaan anis sebelum,semasa dan selepas kursus tu...


before

masa tu..anis n kawan2 sedang berhimpun kat dataran ilmu smaasza..
n then,masa nak tamat dah perhimpunan tu...ada sorang cikgu ni panggil anis..
mula2 anis tak pergi pon...sebab ingatkan cikgu tu panggil orang lain..
then,anis tengok takde orang pergi pon kat cikgu tu...anis cuba la tengok lagi kat cikgu tu...
cikgu tu masih lagi gamit2kan die punya tangan ..so,anis tunjuk la tangan kat diri anis
ke...mane la tau kot2 cikgu panggil orang laen...kan malu je...pastu anis pergi la...cikgu tu suruh anis cari 5 orang ahli _ _ _ lelaki dan 5 orang ahli _ _ _ perempuan...,cikgu tu suruh anis hantar pagi tu jugak...
so,anis pegi la...masa nak hantar nama2 tu kat cikgu,anis ada kelas bio la plak...
tension giler masa tu...yelah..time tu plak anis kene buat eksperimen...
anis pon mintak la pendapat kawan anis nak buat camne ,pastu diorang suruh anis pergi buat eksperimen dulu
,masa tu anis just harap cikgu tu tak marah je

sampainya anis kat makmal tu,tc.bio anis kata eksperimen tak jadi nak buat hari tu...sebab ada masalah skit...huh!!!bersyukur giler anis masa tu...terus anis mintak nak keluar ngan cikgu...sampainya anis kat bilik cikgu tu anis nampak beliau tengah tanya sesuatu kat 2 orang mamat form 5
"awak,awak form berape??"tanye cikgu tu...then ,mamat tu cakap la yang diorang tu form 5
"owh...cikgu ingatkan form 4 tadi.."terus mamat2 tu tunjuk kat anis n kawan anis
"ni,dua orang ni form 4 cikgu" hehe...kitaorang just tersengih je bile cikgu pandang kitorang....dah memang cikgu cari kitorang pon..."mujur awak cepat,kalau awak lambat skit lagi tadi memang cikgu termengumpat awak la" cikgu tu cakap...huhu..."sory cikgu,ade kelas tadi" jawab kitorang..."owh"
then,anis bagi la senarai nama tu..."cikgu,cikgu nak buat apa dengan nama kitorang tu???"tanya anis..
"nama nie???" emm...kitorang mengangguk..."korang semua telah terpilih untuk menyertai satu kursus kepimpinan tau" kata cikgu tu.."hah!!??serius cikgu???" "ye la...,korang bertuah tau..dalam banyak2 pelajar,cikgu pilih korang.."lepas tu kitorang cakap2 la skit ngan cikgu tu..

semasa

first day,anis sertai kursus tu,best jugak la anis rasa...ada 5 orang fasi sume sekali dalam kursus ni..
diorang sume dari MEGAMIND LEADERSHIP CONSULTANCY...
nama diorang : abang hasbie,abang sharif,abang shahmi,kak hajar n kak syakirah...
anis tahu nama diorang semua masa first day anis sertai kursus tu kecuali abang shahmi.hari kedua barulah anis tahu nama dia...hehe..*peace no war*

macam2 perkara menarik yang anis dah lalui sepanjang kursus ni...aktiviti riadah yang dah dijalankan pon best...sebelum kitorang beriadah tu...kitorang kene kawad dulu...hehe...dahla anis dah lama tak kawad..adoyai...kekok jugak la masa tu...but,dah lama2 jadi okey la kan???
kitorang maen 3 game...first,anis tak tau nama ape permainan tu...n ni first time anis maen...best!!!
second,kitorang maen musang,ayam???macam tu lah...third,kitorang maen bentuk jumlah???
ntah...kitorang diberi satu kertas yang tertulis satu jumlah n then kitorang kene bentuk satu jumlah yang besar...*sory kalau tak faham*anis tak tau nak habaq camne...game ni pon first time anis maen..

next.malam tu plak ade permainan jugak n ni second time anis maen permainan tu...
 permainan ni ada catatan masa...n kami dapat saingi rekod yang selama ini dipegang oleh pelajar UIA
hehe...syabas pemimpin smaasza...

hari terakhir kami jalani kursus ni,kami dikehendaki menyanyi lagu sungai lui sambil buat gaya...
huh!!banyak perkara yang dah anis belajar sepanjang kursus ni berjalan...
sedih jugakla masa program tu dah habis...
sebelum majlis berakhir,ada penyampaian hadiah buat peserta lelaki dan perempuan terbaek...
korang rasakan...sape yang dapat???anis la yang dapat *dalam mimpi*
hehe...of course la penghulu ngan penghuluwati yang dapat kan???
tapi, anis bersyukur jugak la sebab group anis menang bagi kumpulan yang terbaek...
huh!cam tak caye je...sebab anis rasa kumpulan anis la paling tak menonjol...haha

nama group : ikhwan wa akhowatul islam
group : yang ke 5

ni la group anis
anis same ngan group amirol najmi

after

anis bersyukur sangat dapat sertai kursus ni..n anis nampak ramai dah yang cuba praktikkan 
apa yang telah kami pelajari sepanjang kursus berlangsung...sebelum ni...anis rasa anis memang tak layak untuk memimpin orang...n sekarang anis tengah cuba buang perasaan tu..
dan anis cuba untuk mencapai cita-cita anis untuk menjadi seorang doktor pakar sakit puan
n anis bertuah kerana antara salah seorang fasi yang datang adalah seorang doktor /bakal...hurm...
susah tau sebenarnya nak jadi doktor ni...tapi, kene la rajin untuk jadi orang yang berjaya kan???

ok...that's all from me 
papai

peserta lelaki,fasi n cikgu

peserta perempuan,fasi n cikgu

UP SKIT..

UP,UP, TERBAEK..

Dah baca?? komen la sikit +_+

Friday 29 June 2012

sobSoB +_+

assalamualaikum 

hahah! sekarang anis dah balik dari hostel....
sebenarnya dari semalam  lagi...
juz..anis rasa malas nak mengupdate anis punya blog nim...
huh!seriously...first time anis balik rumah n anis rasa macam tak tahu nak buat apa..
*biar pon keje sekolah berlambak-lambak*
berlambak ke???taklah...sikit je pon...
tapi...anis tak tahu kenapa rasa bosan sangat...
so,start petang tadi anis godek2 la sikit this komputer
n for the first time anis tengok citer nim



ni punya story anis copy dari anis punya friend tau...
dah lame dah anis nak tengok citer ni...
sejak cuti pertengahan tahun hari tu lagi..tapi anis tak tau
kenapa tak terdetik pon kat dalam hati anis ni nak bukak n tengok citer nim
so,start buka sekolah balik kawan2 anis dok cakap2 sal citer nim n ade kawan
anis tengok citer tu kat sekolah...
+ sampai hati tak ajak anis join +
heheh...*wak ayat cedey skit*


hoh!takmo cedey2 ...
for your information , anis baru je habis tengok citer nim..
n anis tak tau kenapa anis rasa citer ni menyayat hati anis
tersentap tu wo..nak nangis pon ade masa dier punya heroin confess her feeling
toward that handsome boy...
hahax

maybe korang dah lame tengok citer ni kan....
hek eleh!anis ni ..citer skit punya lame pon nak heboh2 ..
kitorang dah lame dah tengok
so what???hehe...saje je anis nak post ntry ni...sebab anis rasa dah lame sangat anis tak update
anis punya blog nim...
apa2 kekurangan anis harap dimaafkan k...

eh!cover pic tu bukan yang betul tu...n citer ni pon bukan citer kartun...
ni muke sebenar watak2 lam citer nim


hero n heroin



       
  mario maurer

smart tak hero kat atas tu???hehe
macam mane anis nak buat ni...hati anis dah jatuh tergolek-golek ni...
alahai mario kenape la ko smart sangat???

     
 baifern pimchanok

hehe...sweet je diorang tukan???
entah pe2 anis ni...klah sampai sini je kot...
sory kalau anis ade buat salah n silap

+ semua ciptaan - Nya  amat sempurna +

so,bersyukurlah dengan apa yang kita ada k..

sebelum chow,anis letak sikit gambar yang ade untuk this story



+_+ babak yang buat anis sedih +_+





happy ending
tetibe je shone jadi gelap...


papai
as usual
*jgn stressssss kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 9 June 2012

assalamualaikum

hurm hari ni anis dah kena balik hostel
so, sebelum anis berangkat ni,anis nak kongsikan artikel ni k..
enjoy....

minum kopi jep
^_~

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya 


dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di 


matanya.


Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak 


serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia 


hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan 


ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan 


tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.


Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina 


merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami 


umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku 


cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka.


 Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.


Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan 


tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami 


seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam 


masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku 


bersetuju.


Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada 


malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari 


bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku 


tetap bersetuju.


Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja 


gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.


Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku 


mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang 


sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata 


Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu 


yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan 


kami memandu berasingan ke tempat kerja.


Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium 


harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti 


dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku 


tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.


Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku 


berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku 


menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang 


perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap


 pagi.


Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. 


“Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku 


semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang 


menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul 


tubuhnya dan membelai rambutnya.


Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. 


Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina 


memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri 


mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. 


Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.


Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak 


sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus 


memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka,


 aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. 


Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.


Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai.


 Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada


 dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit 


sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.


Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, 


isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan 


Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut


 memisahkan kita”.


Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas 


katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku 


berdetak keras.


Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama


 Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk 


menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan 


aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu 


sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya 


penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya 


wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi 


kebahagiaan pada kita.


Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-


perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga


 anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda..






sory kalau anis ade salah silap kat korang

jumpe lagi selepas 2 minggu k...
got to go to hostel
mood : malas...hehe

as usual 
*jgn stresss kat cni *

Dah baca?? komen la sikit +_+

Tuesday 5 June 2012

assalamualaikum
hurm...tetibe je anis rase nak post something kat cni...
sebenarnye anis ingatkan nak kongsi pasal ni semalam..
tapi,disebabkan rasa malas yang membuak-buak dalam diri ni tak ter'post'lah
huhu
memang saya pemalas (sikit2  +_+)

takde apepon sebenarnya...anis just nak bagitau yang kawan anis punya abang 
baru je meninggal dunia hari ahad yang lepas...
shock jugaklah anis bile tengok paper kelmarin...terpampang muka dia n his friend..
tulah...ajal,maut,jodoh,pertemuan semuanya di tangan-Nya kan???
apepon ..semoga roh arwah dirahmati Allah...

diorang meninggal sebab lemas kat sekayu..
anis n keluarga baru je bercadang nak pergi sana hari khamis ni...
hmm...
kalau nak tau lebih lanjut...belek paper k...yang kelmarin punya

oklah..tu jekot...
anis chow dulu yep...


papai

jangan lupa sedekahkan al-fatihah kat diorang k..
+_+



Dah baca?? komen la sikit +_+

Wednesday 30 May 2012

peringatan buat anis dan teman - teman

assalamualaikum


huh!!!penuh sawang n habuk kat anis punya blog nim....huhu
so,before anis kongsi artikel ni anis kena,harus,wajib buang semua parasit2 yang ade kat
blog ni...
anis tak tahu samaada artikel ni betul ke tidak 
maybe betul,maybe tidak....
anis just copy n paste
pepon...ambil pengajaran k....
terutamanya buat kaum hawa...jangan mudah memberi kepercayaan kepada orang yang 
baru kita kenal k....
kalau nak keluar rumah tu mestilah ditemani oleh mahram or kawan pompuan kita lebih dari 
2 orang ....bahaya tau kalau keluar rumah sorang2....
dunia sekarang tak lagi selamat.....hurm...
panjang la plak ...oklah


selamat membaca!!!

Apabila Roh Mula Berbicara....


Ceritaku sudah menghiasi dada-dada akbar tempatan dan menjadi perbualan orang-orang. Bahkan jiran dan saudara mara terdekat tidak putus-putus mengunjungi rumahku samaada datang berziarah dengan ucapkan takziah pada ibu ataupun sekadar ingin mengetahui cerita sebenar tragedi tersebut. Ada yang menyalahkan dan menyumpah-nyumpah lelaki durjana itu, tidak kurang juga menyalahkan kebodohan aku.
Aku sendiri tidak menjangka dalam ramai-ramai manusia, aku yang terpilih untuk menemui ajal dengan cerita begini. Waktu ajal itu tiba aku juga tidak tahu waktunya. Datang dengan drastik dan berlaku dengan pantas. Yang pasti, teramat sakit.

Malam itu adalah malam terakhir cutiku di kampung. Juga malam gembira buat aku, ibu dan adik. Kami makan bertiga di ruang dapur sambil berjenaka dan berbual hal-hal yang menyeronokkan. Ibu menyediakan makanan kesukaanku. Bukan selalu aku dapat menikmati masakan ibu, kalau bukan kerana cuti konvokesyen, memang aku tidak berpeluang balik kampung dalam waktu terdekat ini.

"Kak Lin tak kenyang lagikah?" soal adik ketika aku mengangkat bekas nasi mahu menambah buat kali ketiga. Aku mengangkat wajah melihat adik yang melopong. Sambil mencedok nasi ke pinggan dan mengukir senyuman padanya.

"Ibu, tengoklah Kak Lin ni macam 10 hari tak makan..habis nasi dalam bekas tu ibu.." Bebel Adik lagi. Ibu yang sedang mengemas dapur memandang aneh pada kelakuanku.

"Alah adik ni, akak nak makan puas-puaslah. Esok akak dah tak dapat nak rasa masakan ibu tau.." balasku. Sambil kuhadiahkan senyuman manja pada ibu. Tangan kiriku sampai pada pinggang adik, lalu cubitan menyinggah di situ. Adik menggeliat sambil menjerit dan membebel lagi. Aku menutup mulut menahan ketawa, juga menahan nasi dalam mulutku dari tersembur. Ketawaku disusuli dengan ketawa ibu dan adik. Kesunyian malam pecah oleh ketawa yang bersatu.

Ibu kemudiannya mengambil tempat di kerusi sebelah. Mangkuk betik masak lemak ikan masin kesukaanku dihulurkan. Lauk kegemaran kucedok ke pinggan serta merta. Ibu mengelengkan kepala merenung tingkahlakuku..."Kalau ya pun sedap sangat, janganlah gelojoh.." tegurnya. Aku hanya mengangguk-angguk senyum.

Aku makan banyak malam itu. Masakan mak kurasa nikmat sangat, perutku terasa masih kosong walaupun sudah 4 pinggan nasi aku isikan. Bukan aku saja yang perasan keluarbiasaan itu, ibu dan adik juga berkerut kening melihat kegelojohan aku. Sambil makan ibu yang duduk di sebelahku memberi nasihat yang tidak putus-putus. Aku hanya senyum mengiyakan walau sebenarnya semua nasihat itu bagai angin yang berlalu, tidak masuk ke dalam kepalaku. Biasanya sepatah ibu cakap, berpatah-patah aku lagi menambah. Tapi malam itu terasa mulut berat untuk mengeluarkan kata-kata. Aku biarkan ibu, wajah tenang ibu sedang memberi nasihat yang menjadi tatapan.

Keesokan paginya ibu menegurku kerana aku bangun terlalu awal. Aku sebenarnya tidak tidur pun, malam itu aku sukar melelapkan mata. Resah gelisah sampai ke pagi. Aku sendiri tidak pasti punca kegelisahan itu.

Selepas mengemas segala barang-barang yang perlu dibawa, ibu dan adik menghantar aku ke stesen bas. Sampai di stesen bas, aku mencari-cari kelibat dia, pemilik kereta sewa yang biasa aku naiki setiap kali pulang ke kampung. Dia yang kukenal sebagai lelaki yang baik, pemandu kereta sewa yang menjadi pengangkutan utamaku berulang alik antara universiti dan kampungku. Sudah menjadi kenalanku sejak tahun lepas lagi. Tapi betullah kata orang, malang tidak berbau. Aku sendiri tidak membau apa-apa. Syak wasangka pada mulanya ada, tapi disebabkan sudah beberapa kali dia menghantarku ke destinasi dengan selamat, aku akhirnya meletakkan kepercayaan padanya. Siapa sangka di sebalik batu ada undang tersembunyi.

Telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej masuk.

'saya tepi bustop sebelah utara..'

Aku menoleh ke kanan. Kulihat dia berdiri menyandar pada kembara merahnya sambil melambai-lambaikan tangan. Beg kujinjing dan bejalan ke arahnya. Ibu dan adik mengekor di belakang. Aku menemukan dia pada ibu dan adik. Ketika itu dia dengan teragak-agak untuk memperkenalkan dirinya. Kulihat ibu merenungnya lama. Dia cepat-cepat menundukkan wajahnya tidak berani bertentang mata dengan ibu. Segan mungkin. Saat itu seraut wajah curiga ibu terpamer.

Semasa bersalam dengan ibu, tanganku digenggam kuat. Seakan Ibu tidak mahu melepaskan aku pergi. Aku memeluk tubuh kecil ibu dengan erat.

"Ibu, anak ibu bukan ke mana-mana, hanya pergi untuk menimba ilmu..usahlah ibu risau..." bisikku.

Ibu membalas pelukanku dengan lama. "Hati-hati ya Lin, ingat semua pesan ibu tu..jangan diri baik-baik..." kedengaran bergema di cuping telingaku. Lembut tangan ibu mengusap belakangku. Aku mengangguk dengan yakin yang aku akan menjaga diriku dengan baik.

"Dan ibu juga jaga diri baik-baik tau. Adik, pandai-pandailah adik jaga ibu bila Kak Lin dah tak ada ya." pesanku.

Adik menggangguk dengan muka pucatnya. Ku pandang wajah ibu juga pucat. Masing-masing menatapku dengan lama. Suasana hening seketika. Senyap. Langit tiba-tiba mendung dan tiba-tiba angin bertiup kecang. Sungguh aneh. Barangkali petanda hujan. Aku masuk ke dalam perut kereta dengan berat hati. Aku melambai ibu dan adik melalui tingkap, perasaan sedih yang aneh lagi kurasakan. Mataku bergenang seketika.
Hujan mulai turun membasahi bumi. Guruh berdentum dengan kuatnya.

"Hari ni kita ikut laluan Kuala Kelad ok?" Dia yang memandu di sebelah tiba-tiba bersuara mendatar. Aku mengiyakan sahaja.
Hujan turun dengan lebatnya dan perjalanan tetap diteruskan. Sepanjang setengah perjalanan kami hanya berdiam. Tidak seperti selalunya dia lincah bercerita macam-macam. Kelakuannya juga sedikit ganjil. Tidak menunjukkan keramahan seperti selalunya, dan diwajahnya tiada lagi terukir senyum yang panjang. Mungkin letih fikirku.

"Awak tidurlah, kalau dah sampai nanti saya kejutkan.." dia bersuara setelah berjam-jam senyap. Mungkin kerana perasan aku merenungnya sejak tadi.

"Tak! Saya tak dapat tidur." Jawabku laju. Aku tidak mahu tidur dan tidak sesekali akan tertidur. Ibu selalu mengingatkan aku supaya jangan tidur sepanjang perjalanan, dan itulah yang aku selalu lakukan. Tidak pernah terlelap sekali pun mengantuk. Aku berjaga-jaga walaupun kepercayaanku terletak padanya. Waspada itu masih perlu.

Tiada siapa menyangka, sesuatu perkara tidak diingini berlaku juga akhirnya. Pemikiranku mula disiram rasa curiga sewaktu dia membelokkan kereta pada simpang yang salah. Katanya itulah jalan baru melalui Kuala Kelad. Aku diam. Cuba membuang perasaan curiga dan diganti semula dengan percaya. Tenyata perasaan curigaku semakin meruap apabila melalui kawasan kebun kelapa sawit.

"Ni jalan apa ni?" soalku keras.

Dia menoleh ke arahku seketika kemudian tersengih dan memandang ke depan semula. Peluh dingin kurasakan mula membasahi diriku.

"Awak nak bawa ke mana ni???" marahku.

"Ke tempat yang takde orang, yang hanya ada kita berdua je.." sambil memandangku dari atas ke bawah lalu ketawa sinis.

Aku mula menggelabah. Cemas. Kepercayaanku beransur hilang.

"Tolong hantar saya balik!!!" Jeritku. Sambil memerhati keadaan sekeliling mencari-cari jika ada kelibat orang atau rumah berdekatan. Sekeliling hanya ratusan pokok kelapa sawit. Sunyi sepi tiada kelibat seorang pun makhluk Tuhan. Hujan yang semakin lebat membasahi kawasan itu.

Ketawanya semakin kuat. Lalu menjegilkan mata padaku. Dia yang kuanggap baik rupanya binatang! Seratus peratus kepercayaanku hilang. Aku meneguk air liur. Takut menyelubungi, bemacam-macam adegan muncul difikiran. Tanpa berfikir panjang kutanggalkan tali pinggang keledar dan cuba membuka pintu. Pantas juga lenganku digenggam kuat oleh tangannya.

"Hei! jangan lari bodoh!!" Pekiknya.

Aku meronta-ronta dengan keras. Tanggannya kugigit. Dia menjerit sakit dan lenganku terlepas dari pegangannya. Sepantas kilat pintu kubuka lalu ku terjun keluar.

Kedengaran kuat bunyi tayar yang dibrek serta merta. Aku yang tersembam ke tanah cepat-cepat bangkit dan cuba berlari. Lari sejauh yang mungkin.

"Hoi perempuan! kau nak lari ke mana hah!??? jeritnya.

Kilat sabung menyabung di langit. Guruh berdentum memecah kesunyian. Aku berlari meredah lebatnya hujan dalam kawasan hutan kelapa sawit yang tidak ada hujungnya. Lariku ke depan sekuat hati tanpa arah tuju, tanpa menoleh ke belakang. Sehingga aku rasakan diri ini selamat baru aku akan berhentikkan langkahan kaki. Malangnya....aku tersungkur. Kakiku tergelincinr dek tanah becak yang licin. Aku tersembam ke tanah. Sedaya upaya aku cuba bangkit, tapi dia lebih pantas menerkam aku dari belakang. Aku meronta-ronta sekuat hati. Sedaya upaya melepaskan diri. Namun terkamannya lebih kuat. Dua kali ganda tenaganya berbanding kudrat kecilku yang lemah.

"Hei budak bodoh! Kau ingat kau boleh lepas!" Rambutku ditarik kuat dari belakang. Aku menjerit sekuat yang mungkin meminta pertolongan. Tapi jeritanku mati dalam hujan yang lebat.

Dengan tenaga yang ada tetap berusaha gagahkan diri untuk melawan, biar sampai ke hujung nyawa. Dia mula bagaikan kerasukan. Lakunya kebinatangan. Jijik! Aku masih meronta walau lemah, sambil merayu untuk dilepaskan. Ratahnya bagaikan binatang membaham mangsanya. Aku hanya wanita kecil, tidak terdaya dan tenagaku semakin hilang daya untuk melawan. Kebuasan lelaki yang memiliki sembilan akal itu tidak mampu kuperangi. Kebinatangannya meraja dalam sekelip mata. Ketika itulah kurasakan tangannya berada pada leherku dan aku kesesakan nafas. Tersiksa yang amat sangat. Rontaanku makin lemah..saat itu wajah ibu yang memberi nasihat tidak putus-putus dan wajah adik kesayangan yang tersenyum manja bergilir-gilir bermain di layar mata. Dua-duanya kulihat mengangkat tangan masing-masing melambai padaku. "Ya Allah....." terasa nafas berada di hujung. Rintihan dan tangisku berlalu bersama angin dan hujan.. Pandanganku gelap.

***

Panas terik sang suria setia memancarkan sinarnya ke seluruh alam. Dalam masa yang sama hujan rintik-rintik membasahi dedaun yang mulai layu kekeringan. Waktu inilah aku datangi lagi pondok tua yang aku tinggalkan semalam. Kulihat ibu duduk bersimpuh sendirian di ruang tamu. Aku dekati ibu dan duduk melutut di hadapannya. Buat kesekian kalinya melihat pipi ibuku basah lagi. Titis-titis air itu tidak kering dari kelmarin. Di tangan ibu, gambar lamaku yang sedang memakai pakaian penganugerahan sekolah tadika, tersenyum manis memegang segulung sijil. Perlahan jemari ibu menyentuh wajahku pada gambar. Aku pejamkan mata seakan merasai sentuhan jemari ibu. Saat kucelik, kulihat ibu meletakkan gambar di dadanya lalu didakap kuat. Esakan ibu kedengaran memenuhi ruang pondok tua.

"Kenapa takdirmu begini nak?..." Suara ibu antara dengar dan tidak. Tangis ibu yang kedengaran hebat.

Ibu...

Aku melarikan diri ke beranda. Aku duduk menangis di situ. Aku tak mampu untuk terus melihat ibu menangisi lagi takdirku. Cukuplah aku sahaja yang merasa sakit, aku tidak mahu ibu mengenanginya. Biarlah ibu meneruskan hidup tanpa mengingati tragedi hitam itu.

Mayatku dijumpai tersadai di Sungai Tara oleh seorang nelayan yang menjalankan rutin harian mencari rezeki. Mayatku sukar dikenalpasti. Sisa mayat sebenarnya, hanya cebisan-cebisan yang tidak sempurna, sudah menjadi makanan biawak dan haiwan yang lain dalam sungai itu. Tuhan sahaja yang tahu perasaan sakit ini melihat jasad sendiri dalam keadaan tersiksa.

Sisa mayatku di bawa ke hospital besar untuk dikenalpasti. Di hospital itulah aku melihat ibu meraung. Di sisi ibu, adik yang tergamam. Kedua-dua menangis melihat sisa mayat yang disahkan sebagai sebahagian tubuh milikku. Ibu pengsan dalam papahan adik yang cuba bertenang walaupun air mata banjir di pipinya. Aku hanya melihat dari jauh. Terasa sakit melihat orang tersayang terpaksa melalui ujian ini. Ujianku? Tiada rasa yang dapat menggambarkan apa yang telah aku alami. Terlalu perit.

Deringan telefon kedengaran dari dalam rumah. Air mata ku kesat dan kembali masuk ke dalam. Kulihat ibu terkocoh-kocoh menjawab panggilan itu. Kedengaran suara ibu merayu-rayu dengan sayu. Ibu merayu agar lelaki iblis itu segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Aku tahu itu panggilan daripada Inspektor Sabrina yang melaporkan perkembangan kes selanjutnya. Ternyata lelaki iblis itu masih belum tertangkap. Sudah dua hari berlalu masih tiada jejaknya. Penjenayah itu masih lagi bebas di luar sana. Mungkinkah mencari mangsa yang baru? Cerita tragis yang seterusnya bakal terbit selagi dia masih bebas! Masih selamatkah dunia ini untuk gadis-gadis di luar sana?

Aku harap kisahku yang menghiasi muka depan akbar tempatan menjadi pengajaran. Cukuplah ia berlaku ke atas aku, jangan ada lagi mangsa seterusnya. Pesanku, waspadalah setiap saat kerana di luar sana masih ada binatang yang bertopengkan manusia. Ingatlah semua pesan ibu dan jadikan azimat untuk di bawa ke mana-mana. Malang yang datang selalunya tak berbau.


Ingatan pada remaja khususnya muslimat di luar sana,kita digalakkan bersangka baik tetapi di zaman fahsya' dan munkar ini, baik macammana sekalipun kita perlu sentiasa hazar (berhati-hati) jangan letakkan kepercayaan 100% terutamanya pada lelaki...

 

pergi mana2 biar berteman k...


+ Sharing is Caring +

Dah baca?? komen la sikit +_+

Friday 30 March 2012

exam ???

assalamualaikum
semua

alahai...lamanya anis tak update blog anis ni kan???
nak buat macam mana 
macam nilah hidup orang yang still belajar 
nak2 anis tinggal kat asrama ...lagilah takde masa nak caring pasal anis punya 
laman sesawang ni....

oklah...kali ni anis just nak bagitahu yang anis akan menduduki peperiksaan dalam masa lagi
3 hari ni....hmmm...berdebar tak boleh nak cakap....
al-maklumlah this is my first time nak ambil exam sejak anis dah meningkat ke alam menengah atas ni...
of course ,cara nak jawab exam ni pon berbeza daripada alam menengah rendah kan???
paper yang anis nak kene jawab pon semakin bertambah...
adoyai..
so,start dari sakaranglah anis kena biasakan diri anis dengan alam baru ni ...

adakah anis akan jadi macam ni??

hah!!! taknak jadi macam gambar kat atas tu...
takmo tension2
so,kita mestilah prepare dari awal kan???
jangan buat kerja last minit k
*walaupun kadang2 anis pon macam tu*
hehe

tawakal jelah....
hurm...nak tawakal pon mestilah diiringi dengan usaha dulukan???
ni tak...ramai yang dah salah gunakan konsep tawakal ni...
padahal dia tak berusaha pon....mana boleh macam tu....
kita mestilah berusaha dulu...barulah menjadi...
ni,usaha taknak....berjaya nak....macam mana  tu???
nak berjaya mestilah berusaha...

oklah...panjang la plak bebelan anis ....
setakat ni je kot dulu....


papai

as usual 
*jgn stres kat cni *


*doakan kejayaan anis k*
*maaf jika anis ade salah n silap*
$^  luv u all  ^$

@_@


@_@



Dah baca?? komen la sikit +_+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...