Thursday 29 December 2011

~ eh! BlOg ApEsAl Ko pInK SaNgAt???? ~

ASSALAMUALAIKUM

hah!jawab jgn tak jawab....
oklah skrg ni tangan saya dah gatal2 nak kongci sal ni la pulak..

erm.....ramainye yang cakap blog sye ni pink sangat...hahaha
ayoyo...apesal pink sangat blog nim???
macam tak kene je ngan tuan ye op???
^_^


saya pon tak tau la apesal blog anis ni pink sangat..
padahal tak pernah tersenarai pon 'PINK'sebagai peberet anis...adolar...

meh sye terangkan bakpe yang blog anis ni jadi PINK sangat..uwaaaa
mule2 anis ingat nak la blog nim jadi kaler hijau...tapi bile cri2 background yg kaler hijau,sumenye anis tak berkenan *cory ko tak cantik la*tu la anis rase mase cari2 background tuh...adoyai
mule2 anis buat this blog kan ,anis pilih kaler yg smat2 la bagi anis(warne pon ade yg smat ke??)
contoh warne yg anis suke ialah hitam ke,putih ke,ijau ke,merah ke,dan banyak lagilah...
malas nak list satu2...hehe
pastu anis try la ambik n tengok2 dulu jadi camne...huh!!
mase pilih bukan maen tengok lawo...,tapi bile dah ditepek lam blog ni...huh!!!kurang menarik la bagi anis..hehe
tu bukannye bermakna anis cakap blog anis sekarang ni cantik,tak cantik pon sebenarnye,
tapi bolehla menyenangkan mata anis ni untuk memandang..blog orang laen anis tgk sumenya cantik2...
tapi,anis tak kesah pon lau blog ni tak cantik...
ape yang penting???
> kerjasama<
ape yang penting???
>kerjasama<
haha
dah melalut dah ko ni nis....ok..ok...balik semule ...
ape yang anis kesahkan lam blog anis nim..
jeng..jeng..jeng..
hah!!!mesti la ape yang anis post kan kat sini kan??kan??kan???
anis tau ape yang anis conteng2 kat cni pon bukannye menarik sangat*jangan perasan la ko nis*
ok..ok....sye tak akan perasan...n sye tak kesah kalu korang nak bce ke taknak ape yang anis postkan lam 
blog tah ape2 anis ni...*tapi sye harap la ade yg sudi nak bce*(sengih je memanjang)
anis taknak la maen pakse2 ni...sape2 yg bce anis ucapkan terime kasih bebanyak....
n dah bce tu komen la skit kan????hahah

next!!!!
pastu anis try la minta pandangan adek anis,liya nme nye...nak kenal????
tgk kat tepi tu,anis dah list pon blog utk siblings anis...yg"diaryofastudent" ngan "online diaries"tuh
gi la try godek2 kat blog dier...bolehlah tahan cantik nye...kalah blog anis nim...haha
LIYA!!!!!!!!jangan kembang!!!

ok..then dier cakap la cari yg warne lembut2 skit,bru la cantik...
and sye jwb la, lembut ganer gok.....
then,dier tolong la carikan background utk blog anis ni...
hah!!!background ni la yg dier tolong carikan..
comel op???my sis tu tnye...
hurm.....xcome pon....(mentang2 la warne peberet dier pink,abis dier kasi pink jugak kat anis)
pastu dier suh anis cri sendiri ..doh dok suke ngat ngan ape yg dier cri...
ok...ok...come2...jgn r tekang pah gitu seme..haha
sian ke adek sye tuh...and hias2 yg laen tuh dier suh sye wak sendiri...
okla2*wak muke cdey*

alolo...cedeynye die....

pastu anis try la cari pekakas - pekakas yg anis nak letak lam blog ni...
ha!nak cari pekakas2 tu mesti la nak yg =mecing=kan???
takkan la background warne pink nak cari pekakas yg kaler ijau pulak...
*cam tak logik jew*
so,ni la hasilnye.....
yg korang tengok sekarang ni la...

now!!time utk sye memblahkan diri ini drpd sini...
papai
assalamualaikum

as usual
*jgn stressss kat cni*

==>attention<==
^ hehe...dah tahu kenape blog anis ni pink sangat??? ^
^ maaf kalau ada sapa2 yang tak faham apa yang anis tulis tu....main hentamkromo je tu ^
^ maaf jugak kalau ada orang yang 'MENYAMPAH' dengan blog anis ni ^
^ insyaAllah kalau anis rajin,terajin atau merajinkan diri ini,anis akan try untuk ubah kot...kalu rajin la...tapi rasa malas je ni...ape kes??? ^
^and  ni untuk adik anis = lia..:jangan marah sis ^

gurau - guwau jep
huhu...anyway thanks ya 


Dah baca?? komen la sikit +_+

Tuesday 27 December 2011

~ saya tahu saya tak cantik ~

assalamualaikum....
hah!!!korang ape habaq????saya harap c-hat la yep....
huhu...hari ni saya nak kongsi ni la plak...
untuk pengetahuan korang,artikel ni saya minum kopi je tadi....not my idea ok
*sambil tersenyum sumbing*haha...
walau apapun...ambil iktibar n renung2 k...
(saya rasa macam tajuk tu sesuai je ngan diri saya )
^_^

enjoy ur reading


"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.
KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

as usual
*jgn stressss kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 24 December 2011

~ I LoVe My pArEnTs ~

assalamualaikum

♥ bila mak kata dia teringat ,

kita jawab kita sibuk sangat

bila ayah kata dia rindu ,

kita jawab nantilah hujung minggu

bila mak minta kita pulang ,

kita jawab kita belum lapang

bila ayah minta kita singgah ,

kita jawab kerja kita belum selesai ~


... ... :: bila hati kita terguris ,

kita kata ..." Mak memang tak pernah faham "

bila hati kita terhiris , kita kata ..." Ayah memang tak ambil

 kisah ..." ::


TETAPI ~><~

♥ bila hati mak kita terguris , mak kata ..." Tak apa ,

 dia masih muda "

bila hati ayah kita terhiris , ayah kata ... " Tak
 
mengapa , belum sampai akalnya " ~


pernahkah kita terfikir waktu kecil kita dulu

:: bila kita menangis tanda lapar , mak berlari hingga

 bagai hilang kaki

bila kita nerintih tanda derita , ayah bersengkang mata

 bagaikan tiada lena ::

♥ bila kita sedih kerana gagal , mak setia

 membekalkan cekal

bila kita pilu kerana kecewa , ayah teguh berkata dia

 tetap bangga ~

# hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di

 dunia

~ ♥ (: anak yang soleh tidak akan melupakan ibu

 bapanya hatta di hujung

doanya , maka banyakkanlah berdoa ~ ♥ :)

ingatlah tanpa mereka,kita tidak akan berada kat dunia 

ini....



okes....chow lu....

assalamualaikum


as usual
*jgn stressss kat cnie*


Dah baca?? komen la sikit +_+

Thursday 22 December 2011

~ AlHaMdUlIlLaH ~

ASSALAMUALAIKUM...
salam sayang semua....
hari ni sye nak kongsi ngan korang perasaan sye pd waktu ni...
~ ngee ~


seperti yg kiter sume tahu...hari nie...budak - budak PMR tahu keputusan diorang ...kan?kan?kan?
samer la cam sye....alhamdulillah....keputusan sye cemerlang.....syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan sye kejayaan ini.....alhamdulillah
pada kesempatan ini saye juge nak ucapkan time kasih,thankz,syukran,toce,arigato,dan sume la...kepada semua cikgu - cikgu di SMAASZA kerana telah bertungkus lumus mengajar kitorang selama 3 tahun nie...tanpa mengira penat dan lelah...
terima kasih cikgu....
kitorang sayang cikgu...
kitorang harap dapat menggembirakan hati cikgu - cikgu semua dgn keputusan nie....^_^



dalam saye gembira nikan...sye jugak rse sedih sebab sye datang lambat kat sekolah tadi...hurm...sob...sob...sob...
tapi,takpe...sye bersyukur...setiap yg terjadi pasti ade hikmahnyer kan????



contohnye camni:
mse kitorang sume ade kat atas pentas tadikan....ade kwn sye yang cakap "sedap r anis ooo...mari - mari tahu lalu result ye dapat berape.....kitorang bukan maen debor tunggu lame -lame..."
hahaha....saya hanya mampu tersenyum ketike itu...(wat ayat skema sekali)



mungkin sebab tu kot...tapi drpd rumah lagi sye rse debaran kat hati sye nie...ye la....sye tkut2 la xbleh....sebab mse jwb aritu pon...subjek yg sye rse paling sye xboleh ialan ENGLISH....
(sye memang lemah pon subjek nie)
tapi,alhamdulillah dapat jawab gak...

ok la....sampai sini kot untuk kali nie....
thanks pada sume org yg tlh mendoakan kejayaan kami...
sye sayang kalian...


lupe!!!!pd kawan - kawan pon sye nak ucapkan thanks sebab sentiase support sye....dan selalu ade bersama sye tak kire waktu...sedih or gembira..:)

^_^

ayat biase 
*jgn stressss kat cni*

babai....assalamualaikum




Dah baca?? komen la sikit +_+

Tuesday 20 December 2011

isi mse lapang...maybe???

 ~ assalamualaikum ~


Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita.ஜ

^_^

*jgn stress cni*


Dah baca?? komen la sikit +_+

Sunday 18 December 2011

~sye punye koleksi novel ~

assalamualaikum...
haha...lme ke sye tak update this blog????
hehe..takkan???
wokeh,now saya nak kongsi ngan korang koleksi novel yg saye ade la plak...
(gedik la kau nis)haha...abaikan je....sekali-sekale takper kan????

koleksi novel saya sikit je pon..(sikit ke nis???)tah la....
lagi pon saya beli novel tu semue mse peperiksaan PMR dah habis...
saje nak habiskan mse saye ngan buat hobi sye la plak lps habis memerah otak kan???
^_^

ni novel saya yg pertama


hurm....novel nie saya beli mse pergi kat MESRA MALL,KEMAMAN lepas habis peperiksaan tau..
kirenye aktiviti lepas PMR la ngan kwn -kwn saya kat SMAASZA la..
 ( i love you frenz )
kali pertama saya menjejakkan kaki saya kat mm tu...
seronok gilez coz boleh jalan2 ngan kawan2

okeh...

ni plak novel kedua saya

(novel kesayangan saya nie tau)


ha!!!nie pon saya beli masa kat MM

next!!!!

third novelll


hah!!!!novel nie pada mulanya saya baca kat PeNuLiSaN2u...
tengah syok2 layan baca dier suh beli la plak....adoyai...
hurmmm...disebabkan rasa nak tau citer nie habis camne saya beli lah...
tapi takper...memang la cara nak tarik minat org cam tu kan....

okeh...dah panjang la plak....seterusnye...

yg no.4


ha!!!ni pulak saya beli mse keluar OUTING ngan kawan2...
bosan lo..duk kat asrama bile tak tau nak buat ape....nak study,tak tau nak study ape sebab buku teks sume dah hantar...so,kitorang ambik keputusan pergi jalan2 kat bandar...
~ ngee ~

ni kulit buku yg lamer...(kulit ke??tah....)huhu


yg 5


ok...ok...tenang2 jangan marah2,stres or whatever...
novel nie plak saya beli bila saya keluar ke bandar ngan kawan2 lame saye....
hurm....lame xjumpe diorang tau...so,kitorang keluar la mase cuti sekolah nie kan???
sambil2 beli barang - barang nak buat perjumpaan sebelum buke sekolah nie...
( frenz!!!!saya rindu korang la )

yang akhir...jeng...jeng...jeng...


hah!!!novel nie saya beli pada waktu yang sama macam novel kat atas tu...
~ ngee ~
seronok giler nie....
sekarang saya dalam proses nak habiskan novel terakhir saya tau...

isk3..dalam saya gembire nikan...saya jugak rase sedih tau....ada sesetengah novel yang saya beli tu dah rosak.....saya bukan maen excited lagi nak jaga baek - baek novel - novel saya tu...siap sampul lagi bile mula - mula beli ...saya tak kisah kalau ada orang nak pinjam koleksi saya ..
tapi,tolong la jaga baek -  baek!!!...ni tak...

sedih saya masa dapat balik novel - novel tu....ada yang dah rosak...saya bukan maen lagi time baca tu buke sikit je......tapi bile saya dapat balik novel saya tu....dah terbuke luas ....dah nak tercabut dah helaian dier tu....
bile saya tanya saper yang buat takde orang nak mengaku pon....
nie yang buatkan saya malas nak bagi pinjam nie....tapi takpelah...nak buat camne kan???benda dah jadi pon...
kali nie...saya maafkan korang...tak nak la saya DeNdAm - DeNdAm nie...tak baek ok???

and sebelum saya blah nie...saya nak nasihatkan diri saya sendiri ngan kawan 2 semua boleh???

"kalau kita nak pinjam or guna barang - barang  orang lain tu...jagalah baek - baek harta orang tu kan???kesian ngan tuan punye barang tu kalau kita tak jaga harta diorang dengan baek...,
baek - baek dia percayakan kita dengan bagi pinjam barang tu...kita rosakkan pulak...
kan dia dah tak nak bagi pinjam barang diorang lagi barulah...
haru jadinya nanti....cuba kita bayangkan diri kita kat tempat tuan punya barang tu...mesti rasa MARAH punya..."

oklah...tu je saya nak kongsikan dengan korang....jangan marah ....
saya just nak kongsi ngan korang pengalaman saya je...
memang saya rasa marah giler masa tahu koleksi novel saya rosak...tapi nak buat camne kan???
redha jelah....

okeh...panjang la pulak....

 *jangan STRESSSS n MARAH 2 kat blog saya ok???? *






Dah baca?? komen la sikit +_+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...