Friday 29 June 2012

sobSoB +_+

assalamualaikum 

hahah! sekarang anis dah balik dari hostel....
sebenarnya dari semalam  lagi...
juz..anis rasa malas nak mengupdate anis punya blog nim...
huh!seriously...first time anis balik rumah n anis rasa macam tak tahu nak buat apa..
*biar pon keje sekolah berlambak-lambak*
berlambak ke???taklah...sikit je pon...
tapi...anis tak tahu kenapa rasa bosan sangat...
so,start petang tadi anis godek2 la sikit this komputer
n for the first time anis tengok citer nim



ni punya story anis copy dari anis punya friend tau...
dah lame dah anis nak tengok citer ni...
sejak cuti pertengahan tahun hari tu lagi..tapi anis tak tau
kenapa tak terdetik pon kat dalam hati anis ni nak bukak n tengok citer nim
so,start buka sekolah balik kawan2 anis dok cakap2 sal citer nim n ade kawan
anis tengok citer tu kat sekolah...
+ sampai hati tak ajak anis join +
heheh...*wak ayat cedey skit*


hoh!takmo cedey2 ...
for your information , anis baru je habis tengok citer nim..
n anis tak tau kenapa anis rasa citer ni menyayat hati anis
tersentap tu wo..nak nangis pon ade masa dier punya heroin confess her feeling
toward that handsome boy...
hahax

maybe korang dah lame tengok citer ni kan....
hek eleh!anis ni ..citer skit punya lame pon nak heboh2 ..
kitorang dah lame dah tengok
so what???hehe...saje je anis nak post ntry ni...sebab anis rasa dah lame sangat anis tak update
anis punya blog nim...
apa2 kekurangan anis harap dimaafkan k...

eh!cover pic tu bukan yang betul tu...n citer ni pon bukan citer kartun...
ni muke sebenar watak2 lam citer nim


hero n heroin



       
  mario maurer

smart tak hero kat atas tu???hehe
macam mane anis nak buat ni...hati anis dah jatuh tergolek-golek ni...
alahai mario kenape la ko smart sangat???

     
 baifern pimchanok

hehe...sweet je diorang tukan???
entah pe2 anis ni...klah sampai sini je kot...
sory kalau anis ade buat salah n silap

+ semua ciptaan - Nya  amat sempurna +

so,bersyukurlah dengan apa yang kita ada k..

sebelum chow,anis letak sikit gambar yang ade untuk this story



+_+ babak yang buat anis sedih +_+





happy ending
tetibe je shone jadi gelap...


papai
as usual
*jgn stressssss kat cni*

Dah baca?? komen la sikit +_+

Saturday 9 June 2012

assalamualaikum

hurm hari ni anis dah kena balik hostel
so, sebelum anis berangkat ni,anis nak kongsikan artikel ni k..
enjoy....

minum kopi jep
^_~

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya 


dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di 


matanya.


Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak 


serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia 


hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan 


ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan 


tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.


Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina 


merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami 


umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku 


cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka.


 Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.


Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan 


tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami 


seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam 


masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku 


bersetuju.


Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada 


malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari 


bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku 


tetap bersetuju.


Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja 


gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.


Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku 


mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang 


sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata 


Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu 


yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan 


kami memandu berasingan ke tempat kerja.


Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium 


harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti 


dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku 


tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.


Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku 


berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku 


menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang 


perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap


 pagi.


Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. 


“Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku 


semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang 


menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul 


tubuhnya dan membelai rambutnya.


Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. 


Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina 


memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri 


mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. 


Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.


Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak 


sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus 


memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka,


 aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. 


Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.


Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai.


 Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada


 dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit 


sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.


Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, 


isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan 


Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut


 memisahkan kita”.


Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas 


katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku 


berdetak keras.


Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama


 Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk 


menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan 


aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu 


sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya 


penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya 


wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi 


kebahagiaan pada kita.


Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-


perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga


 anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda..






sory kalau anis ade salah silap kat korang

jumpe lagi selepas 2 minggu k...
got to go to hostel
mood : malas...hehe

as usual 
*jgn stresss kat cni *

Dah baca?? komen la sikit +_+

Tuesday 5 June 2012

assalamualaikum
hurm...tetibe je anis rase nak post something kat cni...
sebenarnye anis ingatkan nak kongsi pasal ni semalam..
tapi,disebabkan rasa malas yang membuak-buak dalam diri ni tak ter'post'lah
huhu
memang saya pemalas (sikit2  +_+)

takde apepon sebenarnya...anis just nak bagitau yang kawan anis punya abang 
baru je meninggal dunia hari ahad yang lepas...
shock jugaklah anis bile tengok paper kelmarin...terpampang muka dia n his friend..
tulah...ajal,maut,jodoh,pertemuan semuanya di tangan-Nya kan???
apepon ..semoga roh arwah dirahmati Allah...

diorang meninggal sebab lemas kat sekayu..
anis n keluarga baru je bercadang nak pergi sana hari khamis ni...
hmm...
kalau nak tau lebih lanjut...belek paper k...yang kelmarin punya

oklah..tu jekot...
anis chow dulu yep...


papai

jangan lupa sedekahkan al-fatihah kat diorang k..
+_+



Dah baca?? komen la sikit +_+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...