assalamualaikum
hah!hari ni anis dah balik dari hostel dan kena pergi balik hari ahad ni...
^_^
ok2...korang sihat tak???arap chat la yep...
k la
memalam bebute ni anis nak kongsi ni la plak...
njoy k...
syukran,time kasih,thanks,toce
ISTIMEWANYA WANITA....RAMAI YANG TAK SEDAR....
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000
lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah lah.a." Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga
solat dan puasanya.
12. Aisyah lah.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak
, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
comelnye mate dier...
hehe...dah baca ke????ok...mekacih2...
bukan org pompuan je yang istimewa tau....lelaki pon sama
semua ciptaan ALLAH pasti ada hikmahnya kan...
so,kita kenalah bersyukur dengan semua nikmat yang telah kita dapat.
anis sebenarnya pelik sangat...kenapa ramai sangat orang zaman sekarang yang
nak tukar2 jantina??????ish3...mintak dijauhkan daripada semua tu...
kenapa nak ubah2 apa yang telah ALLAH jadikan pada kita????
korang pernah terfikir tak????
ni lah padahnya apabila ilmu yang kita pelajari,tapi kita tidak mengamalkan apa yang telah kita pelajari...
adoyai...
*ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah*
oklah....setakat ni je kot....
anis chow dulu kkkk
babai
as usual
*jgn stressssss kat cni*
2 kata2 yg anis dapat:
byknyer rahsia nak mak ni
kite sume la ni...mak
Post a Comment