Monday 12 December 2011

tomato.....banyak khasiatnye tau ^_^

Assalamualaikum semua.....
sekarang saya nak kongsi pasal buah tomato la pulak.....daripada saya merapu tak tentu pasal,baik saya kongsi benda yang boleh korang ambil isinya kan???
sebelum saya cite pasal buah ni la kan.....
saya tahu ramai yang tak suka ngan tomato,tapi cuba korang fikirkan balik kenapa korang tak suka ngan tomato ni....(bukan tomato je tau...sayur-sayuran jugak)
sekarang kite tengok sejarah tomato dulu


Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai walaupun ramai jugak yang tak suka,tapi ia sedap tau...(sama ada diratah atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan)tomato menjanjikan keenakan tersendiri.Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
 

    Berasal dari keluarga Solanaceae,tomato kaya dengan zat besi,serat serta vitaman A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga mengandungi fruktosa,glukosa,asid folik,potasium,kalsium dan mineral garam.


Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi LYCOPENE yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. 

Khasiat tomato juga berkait rapat denagn kecantikan kulit.Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma,mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar,astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan,dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit


dah bace sejarah tomato???sekarang saya nak bagi pulak 

tips-tips penjagaan kulit muka

(TENGOK JE PASAL TIPS,TERUS KORANG NAK BACA EH)
>_<


mEnGeCiLkAn RuAnG rOmA

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau.Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan.Biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma,selepas itu sapukan pelembap muka

mErAwAt JeRaWaT


Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang. 

MeMbErSiHkAn KuLiT mUkA

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi(berminyak,biasa, dan kering)kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. 

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A,C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat.Untuk membuat topeng muka ini,hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muk,bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campuran jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.



mEnYeJuKkAn KuLiT yaNg RoSaK

Kisar sebiji tomato dan campurkan 2 sudu yogurt.Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit.Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.Ini keran yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

MeNgUrAnGkAn kUlIt MuKa BeRmInYaK

blender 2 buah tomato.pastu sapukan kat muka korang selama 15 - 20 minit.and then,korang bilaskan dengan air suam (jangan guna air panas pulak)

selamat mencuba!!!!

sebelum saya blah,saya nak sarankan korang takyah pakai 
pencuci muka la (bagi yang remaja,kalu korang dah besar ikut suka korang la)
bukan apa,saya dah pernah pakai pencuci muka untuk kurangkan minyak yang ada kat muka saya  ni..tapi bukannya kurang lagi bertambah ade la sejak saya pakai pencuci muka tu...so,sekarang saya dah stop daripada pakai mana-mana pencuci muka....muka pon tak la berminyak sangat...hehe ^_^

nenek,mak,mak saudara saya pon pernah cakap kat saya supaya jangan pakai mana-mana jenama pembersih muka sementara muka masih bersih nie...(bersih ke?????hehe)

ok la...setakat nie la je untuk kali nie ok???
eh!!!lupa, jangan stressssssss kat sini ok

da2.....













Dah baca?? komen la sikit +_+

1 kata2 yg anis dapat:

Anonymous said...

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...